Rabu, 26 September 2012

pandanganku

Jauh pandanganku
Mengembara melalui angan yang
Terbang merentasi jalur-jalur masa membatasi
Akal manusia
Dekat dakapanku
Memeluk setiap jiwa yang bisa ditakluki
Bebas melakukan untuk perbuatan
Biasa manusia
Antara telus dan samar
Ketiga tidak semestinya lebih baik
Sama ada terima atau tolak
Bukan bermaksud apa?
Jarang rangkaian huraian
Menjelaskan keadaan tak berkoma
Sekadar memenuhi kehendak takdir
Mengharapkan setiap yang hadir
Mengenali penyampaian rasa
Sungguhnya kita manusia
Peganglah kalimah yang membawa erti
Teruskan perjuangan tanpa henti
Sedarlah bahawa ada kuasa agung di atas sesuatu
Redahlah keinginan jiwa
Setelah akan kau temui jalan ke arahNYA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar